Kedudukan kewangan Kerajaan Johor pada 2020 adalah stabil, dengan baki terkumpul wang disatukan akhir tahun tersebut, meningkat kepada RM2.679 bilion berbanding RM2.653 bilion pada 2019.

Demikian menurut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid menerusi satu kenyataan.

Penurunan lebihan sebanyak RM39.83 juta pula direkodkan pada akhir tahun kewangan 2020, berbanding lebihan RM75.59 juta  pada 2019.
 
Selain itu, prestasi kutipan zakat bagi 2017 hingga 2020, berada dalam keadaan baik dengan RM34.26 juta direkodkan, lebih 105.5 peratus daripada sasaran ditetapkan.
 
Pengurusan hartanah komersial Perbadanan Johor (JCorp) juga mencapai objektif ditetapkan, menjana pendapatan serta menjadi pemangkin ekonomi negeri.
 
Namun, rumusan empat pengauditan prestasi terhadap pengurusan aktviti jabatan / agensi negeri, mendapati  elemen kerugian RM44.24 juta serta elemen pembaziran RM0.75 juta.
 
Juga elemen pembayaran tidak teratur RM80.42 juta hingga menyebabkan ketirisan wang awam berjumlah RM125.41 juta.
 
Ia melibatkan pengurusan pelaksanaan kerja-kerja kecil dan bekalan di bawah peruntukan ADUN, pengurusan penyenggaraan pusat pentadbiran kerajaan negeri, pengurusan sekolah agama dan pengurusan hartanah komersial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini