Implikasi kontroversi yang melanda skuad kebangsaan susulan kegagalan pada Piala AFF Suzuki 2020 baru-baru ini; turut dirasai barisan pemain muda negara.

Siri kejohanan yang bakal diharungi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan musim ini, antaranya Kejuaraan AFF B-23 dan Piala Asia B-23; meletakkan anak buah Brad Maloney sebagai ‘mangsa’ seterusnya jika gagal menghadirkan keputusan diharapkan penyokong.

Penyerang Terengganu FC DUA, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, mengakui sebagai pemain yang menyarung jersi pasukan negara, beliau sedikit terkesan dengan segala reaksi negatif dan kecaman melampau dilemparkan terhadap skuad Harimau Malaya di media sosial.

Beliau berharap penyokong tidak terlalu mengikut emosi dalam melontarkan sebarang komen.

Turut senada, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) DUA, Muhamad Alif Abdul Mutalib, yang menyifatkan segala bentuk kritikan keterlaluan tidak memberi faedah kepada pemain dan pasukan.

Nur Azfar dan Muhammad Alif kini berada dalam kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini