Kehadiran pengunjung ke muzium di bawah kendalian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) meningkat sehingga 80 peratus.

Ini didorong oleh kebenaran rentas negeri yang berkuat kuasa Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi PERZIM, Datuk Akrammudin Ab. Aziz berkata, peningkatan pengunjung memberangsangkan dalam usaha pemulihan semula sektor pelancongan negeri.

Ia sekali gus membuktikan segala perancangan kerajaan negeri dalam merancakkan semula sektor pelancongan berjalan lancar dan berkesan.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan pelancaran logo baharu Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) di Bandaraya Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini