Pemergian pemimpin disegani Sarawak memberi kesan besar kepada negara.

Rakan-rakan politik turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian mendiang Tan Sri Dr. James sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak malah kepada Malaysia amnya.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata, Sarawak kehilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan penuh pengalaman selain banyak berjasa kepada rakyat Sarawak khususnya dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri ini.

Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang serta berdoa mereka diberikan kekuatan dalam melalui waktu sukar ini.

Turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang ialah bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini