Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam ciapan di Twitter memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan institusi kendalian kementeriannya.
 
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan, tindakan susulan telah diambil. Video tular itu memaparkan beberapa remaja dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.
 
Pelajar tersebut dipercayai menjadi mangsa buli apabila diminta berdiri sebelum ditendang di bahagian belakang badan serta ditumbuk beberapa kali di perut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini