Kumpulan pembangkang Turki menyalahkan ketidakcekapan Presiden, Recep Tayyip Erdogan sebagai punca kejatuhan nilai mata wang  Lira berbanding dolar Amerika.

Mereka berpendapat, situasi itu mendorong kepada berlakunya inflasi dan meletakkan Turki dalam malapetaka paling gelap dalam sejarah.

Pemimpin Parti Rakyat Republikan, Kemal Kilicdaroglu menyifatkan kejatuhan mata wang Lira sebagai bencana yang tidak pernah berlaku di Turki.

Menyalahkan Erdogan, Kemal berkata, kegagalan  itu adalah isu keselamatan berikutan kejatuhan nilai Lira tidak terkawal sejak 2013.

Bagi bekas perdana menteri Turki, Ahmet Davutoglu mendakwa dasar ekonomi yang diperkenalkan Erdogan menjadi penyumbang kepada kemerosotan nilai Lira.

beberapa pemimpin pembangkang lain juga telah mengadakan mesyuarat kecemasan untuk membincangkan isu inflasi susulan kejatuhan nilai mata wang negara itu

Setakat semalam, kadar pertukaran Lira berbanding dolar Amerika terus merosot sebanyak 15 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini