Kejayaan pemain perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2021 disifatkan sebagai peringatan buat arena badminton negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, peringatan itu perlu diambil dari sudut positif sambil menyifatkan Malaysia hanya tidak bernasib baik pada kempen di Huelva, Sepanyol.

Menurut Tan Sri Mohamad Norza, tuah jelas tidak memihak kepada pemain negara apabila terlepas peluang  meraih gelaran dunia menerusi acara perseorangan lelaki.

Ini selepas sandaran utama, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan cabaran kerana mengalami kecederaan di peringkat suku akhir.

Satu-satunya wakil Malaysia yang agak cemerlang ialah pasangan lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii yang memenangi pingat gangsa selepas terkandas di separuh akhir.

Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan juga diarahkan untuk mengenal pasti kelemahan pemain negara yang perlu diperbaiki segera menjelang saingan musim 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini