Kejayaan Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) B.Janusha yang menjadi pegawai wanita pertama negara menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia juga menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

Katanya dalam catatan di laman Facebook, Datuk Seri Ismail Sabri berharap agar kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Janusha atas kejayaannya.

Janusha, 23 tahun, merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS) itu sejak 1971.

Beliau mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada 2018 selama empat tahun bersama  SERIBU 85 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara itu.

Majlis Tamat Pengajian disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini