Pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di seluruh negara, dari Januari hingga November tahun ini.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata nilai rampasan itu meningkat lebih sekali ganda, daripada RM403.45 juta, dicatatkan pada tahun lalu.

Jumlah rampasan itu, meningkat lebih 27,000kg, berbanding lebih 13,000 kg pada tahun lalu.

Dalam tempoh sama, JSJN berjaya menumpaskan 279 sindiket dadah, dan menahan lebih seribu individu termasuk ‘kingpin’.

Bagaimanapun jumlah tangkapan itu, kurang sedikit berbanding tahun lalu.

Negeri Johor dan Pulau Pinang mencatat jumlah dan nilai rampasan dadah terbesar tahun ini.

JSJN turut menyita harta, dan membekukan akaun bank berjumlah lebih RM150 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini