Kejayaan Kedah menambah baik dan memudahkan urusan untuk menjalankan perniagaan sehingga berjaya menarik minat pelabur, perlu dijadikan contoh dan penanda aras bagi negeri lain.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata adalah amat kritikal bagi semua kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan menjadi pemudah cara dengan tidak terlalu bergantung kepada peraturan lama yang menyulitkan pelabur.

Usaha ini penting dalam memulihkan kembali ekonomi dan menggerakkan semula sektor perniagaan terutama selepas pandemik COVID-19.

Kaedah lama yang ketinggalan akan mengganggu pelabur untuk melabur dalam negara.

Tan Sri Mohd Zuki ditemui selepas melancarkan Persidangan MyMudah peringkat Kedah di Alor Setar.

Beliau yakin negeri lain boleh melaksanakan hasrat itu seperti Kedah, namun ia memerlukan komitmen pelbagai pihak bagi membantu pelabur khususnya yang sering membuat aduan berkaitan kelulusan permit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini