Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2021.

Saingan terakhir bagi wakil negara di pusingan pertama semalam, menyaksikan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan tuan rumah.

Mereka juga bangkit semula selepas terkandas seawal pusingan pertama dua kali berturut-turut sejak Terbuka Hylo 2021.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016 itu tidak menghadapi masalah untuk menundukkan gandingan Zachariah Josiahno Sumanti-Hediana Julimarbela, 21-12, 21-17 dalam tempoh 33 minit. 

Mereka dijadualkan bertemu pasangan dari Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler di pusingan kedua.

 Terdahulu enam lagi beregu negara termasuk gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut layak ke pusingan seterusnya.

Manakala pemain perseorangan utama lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir awal, tewas kepada pemain bukan pilihan Rasmus Gemke dari Denmark.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini