Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) bakal menjadi ujian pertama buat Lee Zii Jia. Pemerhati Sukan Tempatan, Mohd Sadek Mustafa berpendapat kejohanan itu akan menjadi indikator pertama keputusan Zii Jia bergelar pemain profesional tepat atau sebaliknya

Jelas Sadek, harapan pencinta sukan badminton negara sudah tentu ingin melihat impak positif segera dijelmakan pemain ranking ketujuh dunia itu. Beliau berkata demikian secara ekslusif kepada RTM. Sadek juga tidak menolak langkah Zii Jia akan diikuti pemain lain dalam BAM sekiranya juara All-England itu berjaya menampilkan impak positif.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia akan berlangsung di pada 15 hingga 20 februari di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini