Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan pilihan ke lapan, pasangan India, Satwik-sairaj Ranki-reddy dan Chirag Shetty.

Mereka mengambil masa satu jam lapan minit bagi menundukkan lawan.

Aksi set pertama berlangsung sengit sebelum Yew Sin dan Ee Yi menang dengan keputusan 22-20.

Bagaimanapun, set kedua menyaksikan kebangkitan Satwik-sairaj dan Chirag untuk menang 21-18.

Pilihan kesembilan kejohanan itu kemudian memperkemas permainan di set penentuan sekaligus menewaskan lawan mereka dengan keputusan 21-15. 

Mereka bakal bertemu pilihan ketiga kejohanan, Lee Yang dan Wang Chi Lin dari China di suku akhir.

Sementara itu, dalam kategori beregu campuran, pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas ‘straight set’ kepada pilihan ketiga kejohanan, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dari Jepun, 21-19, 21-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini