Pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona pulang awal apabila tumpas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia kepada pemain Turki, Neslihan Yigit dengan straight set.

Kisona yang berada di ranking ke-59 dunia nyata tidak dapat menyaingi kehebatan Neslihan, penghuni ranking ke-28 dunia. Set pertama menyaksikan penguasaan peman Turki tersebut apabila melakar kemenangan 21-14.

Kisona, 23 tahun kemudian cuba memberikan tentangan lebih sengit di set kedua tetapi gagal mengekalkan momentum apabila tumpas 15-21. Hari ini beberapa lagi wakil negara termasuk peman perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan memulakan aksi pusingan pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini