Menjelang Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022.

Misi memburu slot automatik ke Piala Thomas dan Piala Uber 2022 akan menjadi fokus utama skuad badminton negara pada kejohanan tersebut.

Bagi mencapai sasaran tersebut maka pemain terbaik bakal menjadi sandaran utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh, pihaknya juga tidak akan menutup peluang pemain bebas menyertai skuad negara dalam kejohanan tersebut. 

Kejohanan tersebut dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dari 15 hingga 20 Februari 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini