Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus membuktikan kemampuan apabila menambah satu lagi pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, India, semalam.

Pelumba berusia 19 tahun itu meraih pingat gangsa bagi saingan akhir keirin wanita yang juga pingat keduanya pada kejohanan tersebut.

Nurul Izzah tewas kepada Mina Sato dari Jepun yang memenangi pingat emas manakala perak pula menjadi milik pelumba Korea Selatan, Park Ji Hae.

Ahad lepas, pelumba tersebut mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia apabila mengungguliĀ  acara 500 meter ujian masa.

Sementara itu, pasukan junior negara membawa pulang dua lagi pingat menerusi dua pelumba wanitanya, Nyo Ci Hui dan Azwa Nabila Abdullah.

Ci Hui meraih perak dalam acara Omnium manakala Azwa sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara Keirin.

Ci Hui sebelum ini turut memenangi pingat emas dalam acara Scratch wanita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini