Kejohanan Dunia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2022.
Pasukan hoki ais lelaki negara memulakan kempen divisyen 4 di Bishkek, Kyrgyzstan dengan bergaya selepas membenam Kuwait 5-2 semalam.
Ia merupakan penampilan sulung Malaysia di kejohanan tersebut.
Skuad itu bagaimanapun cemerlang apabila meraih 3 mata untuk menghuni tangga kedua di belakang tuan rumah.
Skuad negara selepas ini akan menentang Kyrgyzstan pada 5 Mac, diikuti Iran 7 Mac dan Singapura 8 Mac.