Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol.

Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan.

Juara All England 2021 melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Kanada, Jason Anthony Ho-Shue dengan keputusan 21-10, 17-21 21-11.

Dalam perlawanan tersebut, pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.

Zii Jia yang mendapat suntikan semangat daripada jurulatihnya Hendrawan, bermula garang menguasai permainan sebelum mengesahkan kemenangan di set ketiga  21-11 bagi berdepan pemain Brazil, Ygor Coelho pada pusingan kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini