Pasangan beregu wanita negara, Lee Meng Yean- Yap Cheng Wen yang bakal tampil beraksi bersama buat kali ketiga di Kejohanan Indonesia Masters meletakkan sasaran awal untuk mara ke peringkat suku akhir.

Menurut pemain badminton senior negara, Meng Yean, keserasian mereka semakin meningkat.  

Pasangan Meng Yean – Cheng Wen, sebelum ini, menamatkan saingan mereka di peringkat pusingan kedua di Kejohanan Terbuka Perancis manakala di pusingan pertama di Kejohanan Terbuka Denmark.
 
Mereka dijadualkan bertemu pemain dari jerman  Linda Efler-Isabel Lohau di pusingan pertama Kejohanan Indonesia Masters 2021 yang membuka tirainya, hari ini, di The Bali International Convention Centre.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini