Jurulatih pasukan ragbi 7 sebelah negara, Mohd Saizul Hafifi Md Noor optimis anak buahnya mampu memberikan cabaran dalam kejohanan Ragbi Asia Sevens di Dubai bulan depan.

Ia susulan peningkatan dalam aspek keserasian yang ditunjukkan antara pemain senior dan pemain muda. Tambahnya lagi, biarpun tempoh latihan dan persiapan singkat, ia tidak menghalang pasukan untuk membuat percaturan yang lebih efektif dan berkesan bagi menghadapi kejohanan di Dubai nanti.

Skuad 7 sebelah negara akan menentang pasukan PDRM yang merupakan perlawanan terakhir sebelum senarai akhir 12 pemain yang akan mewakili negara diumumkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini