Kejohanan Ragbi Bawah 19 tahun lelaki Kebangsaan.

Pasukan Johor melangkah ke pentas final dengan bergaya selepas membenam Kuala Lumpur 40-0.

Menanti skuad kendalian Abdul Hanis Mokhta itu adalah pasukan Negeri Sembilan yang sebelum itu menundukkan Selangor.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya, Johor cemerlang melakar 5 try, 3 penalti dan 3 conversion.

Asrin Azman mempamerkan prestasi mengagumkan apabila menyumbang 15 mata diikuti Danny Iskandar Sahrudin 10 mata menerusi 2 try.

Dalam aksi lain, Negeri Sembilan berjaya melangkah ke final selepas menang tipis ke atas Selangor, 15 berbalas 13.

Selangor terlebih dahulu memimpin perlawanan dengan satu penalti dan dua try untuk mendahului 13-0 pada babak pertama.

Namun perubahan strategi oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Irwan Abdol pada babak berikutnya membuahkan hasil untuk pasukannya merapatkan kedudukan kepada 12-13.

Penalti Ahmad Alif Husaini dipenghujung babak berjaya membawa kemenangan buat Negeri Sembilan.

Aksi penentuan juara akan berlangsung pada Ahad ini di Stadium TUDM Subang.

Kejohanan 15 sepasukan ini kembali dianjurkan selepas kali terakhir diadakan pada 2002.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini