Hari ini, 4,885 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam negara. Walaupun kes harian mencatatkan penurunan di bawah 5,000 kes buat dua hari berturut-turut, Keluarga Malaysia diingatkan terus patuhi semua langkah kesihatan awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan rakyat mesti terus berwaspada dan kekal patuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya melepasi jangkaan tempoh genting sekiranya berlaku peningkatan kes.

Bagi memastikan sistem kesihatan awam tidak lumpuh, pihaknya sentiasa mengawasi jumlah kemasukan harian pesakit termasuk di unit rawatan rapi. KKM menerima sumbangan bukan tunai berjumlah RM41.56 juta daripada tujuh penyumbang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini