Kedah sambut baik persetujuan kerajaan Persekutuan untuk memberi pampasan bernilai RM100 juta setahun sebagai pampasan terhadap komitmen mengekalkan hutan simpan negeri itu.

Hal berkenaan dimaklumkan Menteri besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Jumlah berkenaan nilai yang munasabah setelah mengambil kira kerugian akibat kehilangan hasil hutan di samping kos penyelengaraan sumber dan aliran selain memastikan kelestarian alam semula jadi.

Ketika ini Kedah merekodkan luas keseluruhan kawasan hutan berkenaan adalah lebih 344,000 hektar yang meliputi 36.4 peratus daripada keluasan keseluruhan negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini