Di Johor, seorang wanita berumur lingkungan 50-an ditahan polis kerana disyaki menjalankan penipuan penyediaan makanan atau katering di beberapa daerah, sejak awal bulan ini.

Sindiket itu memperdaya mangsa dengan tidak menyediakan makanan dan khemah dalam kuantiti yang dijanjikan, selain menawarkan harga serendah RM8.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket tersebut aktif di Facebook menggunakan nama akaun ‘Kekasih Hati’, sebelum menukar nama kepada ‘Emir Mimi’.

Setakat ini, sindiket berkenaan telah mengaut keuntungan RM60,000 dengan memperdaya 10 mangsa.

Ramai lagi mangsa dipercayai ditipu.

Suspek direman sehingga 10 Jun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang turut menjadi mangsa diminta tampil, bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini