Keindahan alam semulajadi di Perlis sesuai dijadikan destinasi pelancongan bagi mereka yang inginkan gaya hidup tenang dan percutian santai. Ini termasuk tarikan suasana desa, keindahan hutan dan gua serta sawah yang menghijau.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dalam titahnya yakin Perlis mampu muncul sebagai desinasi ekopelancongan yang berpotensi besar. Taman Negeri Perlis misalnya memaparkan keindahan flora dan fauna dan membuka memberi peluang bagi penyelidikan ekologi serta aktiviti khas pendidikan bagi pelajar.

Baginda merasmikan penutupan Karnival Santai 2021 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis di Pusat Sukan politeknik berkenaan di Pauh Putra, Arau. Berangkat sama,Raja Puan Muda  Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Karnival yang disertai seluruh warga PTSS Perlis dirancakkan dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan hubungan dan memupuk kerja berpasukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini