Kekurangan bekalan ubat yang sedang berlaku di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta dijangka bertambah stabil pada bulan hadapan.
 
Ia berikutan beberapa langkah penyelesaian yang dilakukan termasuk meminjamkan ubat-ubatan ke fasiliti swasta yang mengalami kekurangan bekalan.

Kementerian Kesihatan sentiasa memantau perkara itu dan melaksanakan pemeriksaan secara rawak di 47 fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

85 peratus daripada fasiliti kesihatan tersebut melaporkan mengalami kekurangan sekurang-kurangnya 1 jenis ubat-ubatan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pihaknya telah melaporkan kepada pihak persatuan perubatan dan hospital agar mendapatkan ubat-ubatan alternatif bagi mana-mana jenis ubatan yang mengalami kekurangan bekalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini