Kekurangan dana dalam industri e-Sukan negara kini berada pada tahap membimbangkan, sekali gus mampu menjejaskan misi melahirkan lebih ramai atlet pelapis ke peringkat global.

Demikian dinyatakan atlet e-Sukan negara, Dr Yew Weng Kean.

Beliau yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Manila berkata e-Sukan merupakan antara industri yang berpotensi besar memberi pulangan ekonomi yang besar buat negara dan harus dijaga dengan baik.

Sebelum ini, keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memotong elaun atlet kebangsaan susulan kekurangan peruntukan telah menyebabkan atlet-atlet e-Sukan negara hilang sumber untuk menjalani latihan.

Dr. Yew menjelaskan, situasi itu bakal memaksa atlet-atlet sukan berkenaan bergerak dengan sendiri untuk mencari penajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini