Bilangan jururawat di seluruh dunia semakin berkurangan dan kerajaan perlu memikirkan langkah sokongan hayat untuk mengatasi masalah itu tahun depan.

Menurut Majlis Jururawat Antarabangsa, kadar jangkaan untuk jurawat berhenti kerja dalam tempoh setahun telah meningkat dua kali ganda kepada 20 hingga 30 peratus, lebih-lebih susulan pandemik COVID-19.

Tambahnya, kira-kira 4.75 juta jururawat akan bersara dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara, sekurang-kurangnya 115 ribu jururawat seluruh dunia telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Selain itu terdapat juga ketidakseimbangan apabila negara-negara barat meningkatkan pengambilan pekerja penjagaan kesihatan dari Afrika dan negara-negara miskin lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini