Keluarga empayar Jepun berisiko ‘lenyap’.

Ia berikutan kekurangan pewaris takhta yang layak ditabalkan sebagai maharaja.

Larangan wanita menaiki takhta akan menyaksikan tempat Maharaja Naruhito, 61 tahun, akan diisi oleh anak saudaranya Putera Hisahito, bukan anak tunggalnya – Puteri Aiko.

Jika Hisahito yang berusia 15 tahun tidak mempunyai anak lelaki, keluarga diraja yang sejarahnya sejak lebih 2,600 tahun itu, bakal menyaksikan ketiadaan waris lelaki untuk meneruskan keturunan.

Setakat ini, tinjauan awam menyokong penuh idea waris wanita mengambil peranan sebagai maharaja, yang tidak memegang kuasa politik di bawah perlembagaan Jepun selepas Perang Dunia ke-2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini