Angkara bunga api, sebuah kelab malam di ibu kota Cameroon Yaoundé terbakar awal pagi Ahad mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh.

Lapan lagi pengunjung premis cedera parah selepas kebakaran tidak disengajakan itu.

Menurut jurucakap kerajaan, angka kematian dijangka bertambah.

Tragedi berlaku ketika negara itu menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Beberapa orang dalam keadaan kritikal telah dipindahkan ke hospital.

Kebakaran siling di kelab malam itu  menyebabkan dua letupan kuat yang mencetuskan panik dalam kalangan mereka yang berada di tempat kejadian.

Presiden Paul Biya telah mengarahkan penyiasatan terperinci mengenai kejadian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini