Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) menyatakan sokongan dan komitmen penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri untuk terus memimpin negara sehingga akhir penggal 2023.

Ujarnya, dalam tempoh 100 hari, kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam menguruskan pandemik Covid 19, menstabilkan ekonomi dan meredakan suhu politik negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian dalam satu sidang media bersama ahli-ahli BBC di parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini