Kelab Wings Motor Gang Society atau WMGS ASEAN yang telah 6 tahun ditubuhkan kini terus berkembang di kalangan peminat permotoran seluruh negara, termasuk Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura dan Iceland.

Menurut Presidennya, Datuk Ahmad Azhar Othman atau dikenali Datuk Awie; WMGS merupakan kelab motor berkuasa besar yang dianggotai sepenuhnya ahli-ahli bumiputera yang mendukung tiga perkara utama iaitu Silaturrahim, Ekonomi dan Kebajikan.
 
Penubuhannya bagi meningkatkan martabat bumiputera selaras dengan moto WMGS iaitu “RIDE AND RESPECT”.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam WMGS ASEAN di Kangar. Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini