Hamparan ungu seakan lavender hasil pokok keladi bunting berbunga lebat dalam tali air di Kampung Kok Bedullah, Tumpat Kelantan, mencuri tumpuan orang ramai sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, gambar-gambar tersebut tular di media sosial selepas seorang penduduk, Sidek Ali Hassin dari Kampung Tujoh, memuat naik koleksi gambar yang dirakam di akaun Facebook miliknya. Panorama menarik itu menjadi tarikan penduduk dan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini