Kelantan kembali dilanda banjir apabila sebanyak sepuluh buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka hari ini.

Ia  selepas dua jajahan iaitu Jeli dan Kuala Krai mula dinaiki air.

Laman info bencana banjir JKM melaporkan, setakat pukul 4 petang, seramai 833 penduduk terjejas banjir membabitkan 232 keluarga kini berlindung di PPS.
 
Paling ramai dipindahkan di Jeli iaitu 725 penduduk daripada 205 keluarga.
 
Di Kuala Krai, tiga PPS dibuka membabitkan 108 penduduk daripada 27 Keluarga.
 
Ini termasuk PPS Masjid Chuchoh Puteri A, Madrasah Chuchoh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A.
 
Sementara itu, Public Info Banjir JPS melaporkan, satu sungai utama di negeri itu mencatatkan paras melebihi amaran iaitu Sungai Golok di Kg Jenob Tanah Merah dengan bacaan 23.23 meter melebihi paras amaran 22.5 meter.
 
Dua sungai melebihi paras waspada iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dengan bacaan 20.39 meter dan Sungai Lanas di Ayer Lanas Jeli, 29 meter.

Dalam pada itu, PPS SK Tok Deh yang sebelum ini menempatkan 30 penduduk telahpun ditutup hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini