Kelantan bercadang mengekalkan empat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kekal beroperasi di negeri itu. Ini berikutan PKRC sedia ada hanya berskala kecil dan tidak mampu untuk menempatkan 500 pesakit.

Empat PKRC yang dipertimbangkan untuk dijadikan PKRC kekal adalah PKRC Gelanggang Seni dan PKRC Jubli Perak, Kota Bharu bagi pesakit lelaki manakala PKRC Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Dewan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Tanjong Chat untuk wanita.

Beliau menyatakannya selepas melawat PKRC USM di Kubang Kerian. Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan sekurang-kurangnya satu PKRC dengan kapasiti 500 orang akan dipastikan kekal beroperasi di setiap negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini