Kelantan bakal menerima tambahan 1.2 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini melebihi jumlah yang dipohon iaitu sebanyak 1 juta dos.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan tambahan bekalan vaksin itu, Kelantan dijangka mampu mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada akhir bulan ini.
 
Semalam sahaja, sebanyak 36,394 dos vaksin COVID-19 berjaya diberikan kepada penduduk.
 
Walau bagaimanapun, Datuk Ahmad Yakob menasihatkan penduduk di Kelantan supaya terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun imuniti kelompok berjaya dicapai.

Ini berikutan virus COVID-19 sudah menjadi endemik dan berada dalam komuniti. 

Datuk Ahmad meninjau perlaksanaan Program Outreach Vaksinasi DUN Pasir Pekan di Sekolah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini