Kelantan dijangka tidak mengalami banjir besar seperti yang pernah dialami pada 2014 dalam tempoh musim tengkujuh kali ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia berikutan jumlah taburan terkini hujan dicatatkan di negeri ini sudah mencapai 68 peratus atau 1,825 milimiter (mm) daripada jumlah purata hujan tahunan iaitu sekitar 2,700mm.

Beliau berkata, dijangkakan hanya akan ada beberapa episod hujan namun tidak akan membawa banjir besar.
 
Bagaimanapun, persiapan rapi bagi berdepan sebarang kemungkinan tetap dibuat dari pelbagai aspek.
 
Beliau ditemui media selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini