Dalam misi membantu penduduk terjejas banjir, dua buah lori muatan tiga tan membawa bantuan bergerak ke Pahang.

Konvoi disertai 13 petugas KELANTANfm serta tiga badan NGO.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat berkata semua sumbangan orang ramai seperti makanan dan minuman,   pakaian  serta kit penjagaan diri akan diagih kepada penduduk di PPS yang telah dikenalpasti. Misi sedemikian akan menjadi aktiviti tahunan jabatan itu dalam memberikan khidmat sosial masyarakat kepada mereka yang memerlukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini