Pasangan Islam di Kelantan yang berkahwin tanpa kebenaran di luar negara sebelum tahun 2005, diberi tempoh tiga bulan mulai hari ini, untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Ia dilaksana menerusi Pogram Pemutihan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran: ” Sah Nikah Hidup Berkat”.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan – Datuk Che Mohd Rahim Jusoh memaklumkan, bukan saja bertujuan membantu pasangan mendaftarkan perkahwinan berdasarkan lunas perundangan yang sah.

Malah, memastikan kebajikan dan masa depan anak-anak mereka terjaga. Permohonan pendaftaran boleh dibuat di pejabat agama daerah seluruh Kelantan. Bagi kes pernikahan selepas tahun 2005, ia boleh dipertimbangkan, sekiranya menepati syarat ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini