Bantuan bekalan makanan serta kelengkapan peralatan di semua pusat pemindahan sementara di Kelantan diletakkan dalam mod siap sedia sekiranya gelombang kedua banjir melanda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata tindakan itu dilakukan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu meskipun amaran  hujan dan banjir telah dikeluarkan di kawasan tertentu.

Kerajaan negeri Kelantan juga sedang mengambil langkah perlu untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Sebelum ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperuntukkan RM1.3 bagi kerja membaik pulih PPS dan 3,000 kit makanan kering yang diagihkan ke depoh-depoh diselia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selain itu, 1,600 aset seperti bot dan trak serta 6,500 anggota daripada pasukan penyelamat di negeri itu diatur gerak bagi menghadapi musim tengkujuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini