Kelantan United FC (KUFC) menjadi antara pasukan yang kekal bebas daripada di belenggu masalah tunggakan gaji pemain sejak ditubuhkan pada tahun 2019.
 
Penasihat KUFC, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kunci utama adalah sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah mengikut kemampuan kewangan pasukan.

Beliau berkata, pihaknya amat menitik beratkan aspek tersebut kerana ia melibatkan moral serta prestasi semasa pemain. 

Beliau bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd dengan Kelantan United FC di Kota Bharu.

KUFC menerima tajaan lebih besar musim ini menerusi sambungan kerjasama dengan syarikat minuman pribiotik terkemuka dunia itu.

Pasukan itu menerima nilai tajaan berjumlah RM766,000 meliputi sumbangan tunai, produk dan perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi.

Menerusi kerjasama itu juga Akira Hagashiyama yang sebelum ini di lantik sebagai Pengarah Teknikal serta pemain dari negara matahari terbit tersebut, Shuhei Fukai dan legenda Jepun, Masashi Motoyama di kekalkan.
 
Pada majlis tersebut, Yakult Malaysia Sdn. Bhd diwakili Pengarah Urusannya Hiroshi Hamada manakala Timbalan Presiden Kelantan United, Datuk Zamri Ismail mewakili KUFC.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini