Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 5, Gurun, Kedah, sebelum digilis lori. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mayat wanita warga emas, Sarah Jon, 70, ditemui terlentang di ruang tamu rumah dengan kesan kelar di leher dan cedera di telinga serta tangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada 7.30 pagi daripada orang awam yang menemui mayat terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kelar sedalam lima inci dan juga terdapat beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa.

Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan pecah rumah. Pada masa yang sama, polis turut menerima maklumat berkaitan seorang lelaki maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah mangsa.

Pemeriksaan mendapati lelaki berusia 31 tahun yang maut digilis lori itu adalah anak mangsa kelar. Suspek mempunyai enam rekod lampau bersabit kes dadah dan pesakit mental. Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini