Kelayakan akademik bagi pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET perlu dipertingkatkan kepada minimum Sarjana Muda.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, ini bagi menambah baik profesionalisme pengajar dan reputasi TVET.

Langkah itu sekali gus dapat menepis stigma masyarakat yang berpandangan TVET hanya pilihan kedua yang ada untuk pelajar menyambung pengajian ketika ini.

Teks ucapan Menteri Sumber Manusia dibacakan Timbalannya, Datuk Awang Hashim.

Dalam pada itu, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan (COE) bagi tenaga pengajar TVET.

Sehingga kini, CIAST telah berjaya melahirkan lebih 230,000 pengajar dalam kursus latihan pengajar, latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran, penyelia dan jurulatih industri sejak penubuhannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini