Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B-23 2022. Harimau Muda terus mengganas di bumi Mongolia apabila berjaya membenam pasukan tuan rumah 1-0. Separuh masa pertama serangan kedua-dua pasukan bertali arus. Malaysia lebih tenang dengan hantaran-hantaran pendek, manakala tuan rumah terpaksa bermain dengan corak hantaran panjang.

Luqman hakim yang dilayangkan kad kuning minit ke 2, nyata tidak melemahkan semangat beliau dalam mengasak kubu pertahanan Mongolia. Selepas empat sepakan penjuru, gol yang dicari Malaysia akhirnya hadir menerusi tandukan Muhammad Nur Azfar Fikri minit ke 40 untuk Harimau Muda mendahului 1-0.

Sebaik memasuki separuh masa kedua, skuad B-22 negara dilihat lebih banyak mendominasi permainan hingga wisel penamat. Malaysia kini berada di tangga teratas kumpulan J dengan mengutip 6 mata hasil dua kemenangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini