Menjelang aksi kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon hanya mahukan kemenangan meskipun berhadapan pasukan berwibawa seperti Bahrain menjelang pertemuan malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jelas Pan Gon, beliau menghormati pasukan yang berada di ranking 89 dunia berkenaan serta pasukan dominan dalam kempen Piala Asia.

Namun Pan Gon enggan mendedahkan strategi yang bakal diolahnya sama ada bermain secara terbuka atau bertahan.

Tambah Pan Gon lagi, moral pasukan juga berada di tahap terbaik selepas kemenangan terhadap Turkmenistan serta semua pemain bebas daripada kecederaan.

Selain itu, Pan Gon turut berharap kehadiran penuh penyokong Harimau Malaya malam esok dapat memberikan sokongan padu buat anak-anak buahnya.

Sementara itu, pemain pertahanan kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee juga berpendapat, pasukan tidak mempunyai sebarang tekanan untuk berhadapan pasukan-pasukan yang mempunyai ranking lebih baik daripada pasukan negara.

Sepak mula antara pasukan Malaysia dan Bahrain akan bermula pukul 9 malam esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini