Kelayakan Bola Sepak Piala Asia 2023.

Tiada perbincangan untuk Malaysia menarik diri sebagai tuan rumah saingan Kumpulan E berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Perkara itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneruskan segala persiapan penganjuran acara itu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, ketetapan SOP juga masih kekal, antaranya kehadiran penonton ke stadium tidak melebihi daripada 50 peratus kapasiti, penjarakan fizikal serta larangan makan dan minum di dalam stadium

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini