Malaysia membuka tirai Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun 2022 dengan kemenangan.

Tiga mata pertama diraih selepas Malaysia menewaskan Laos  1-0 dalam perlawanan kumpulan J yang berlangsung di MFF Stadium di Ulaanbaatar, Mongolia

Kemenangan tersebut meletakkan pasukan negara ditangga teratas kumpulan apabila Thailand dan tuan rumah Mongolia hanya mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan sebelumnya.

Bermain dalam suhu 6 darjah celsius, pasukan negara menguasai separuh masa pertama.

Babak pertama bagaimanapun berakhir 0-0

Separuh masa kedua, jurulatih Brad Maloney melakukan tiga pertukaran; mengeluarkan Mohd Azam Azmi dan memasukkan Quentin Cheng, Syafik Ismail dengan Hakimi Abdullah dan Umar Kaseem dengan Hairey Hakim

Hasilnya, pada minit ke-68, lorongan deras Quentin Cheng dari sebelah kiri petak penalti Laos berjaya disempurnakan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar untuk gol pendahuluan Malaysia.

Laos kemudian cuba menggandakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan negara memastikan kemenangan pertama milik Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini