Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah. Portugal kini dalam persiapan akhir menjelang baki dua pertemuan kumpulan A. Skuad kendalian Fernando Santos berdepan dua perlawanan sukar iaitu bertemu Ireland awal pagi esok dan Serbia pada 14 November.

Kemenangan ke atas Ireland akan menyaksikan pasukan yang digelar ‘The Navigators’ itu terus memberi tekanan ke atas pendahulu kumpulan, Serbia yang berkelebihan 1 mata.

Portugal yang menghuni tangga kedua akan merehatkan pemain tengah, Bernardo Silva yang mengalami masalah kecergasan selain kehilangan khidmat Nuno Mendes akibat digantung perlawanan. Juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan manakala pasukan di tempat kedua akan mengharungi pusingan Play Offs.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini