Aksi kelayakan bola sepak Piala Dunia 2022.

Pertemuan dua gergasi dunia, Brazil dan Argentina awal pagi tadi di Sao Paulo hanya sempat berlangsung kira-kira 7 minit.

Badan pengendali sukan bola sepak Amerika Selatan, Conmebol mengesahkan perlawanan  itu terpaksa digantung selepas 4 pemain Argentina didakwa tidak mematuhi peraturan kesihatan Covid-19 Brazil.

Keempat-empat pemain itu adalah Emiliano Martinez dan Emiliano Buendi dari kelab Aston Villa serta dua pemain Tottenham, Giovanni Lo Celso dan Cristian Romero.

Hanya Buendia tidak disenarai dalam kesebelasan utama.

Menurut peraturan Imigresen Brazil, mana-mana individu yang pernah berada di United Kingdom perlu menjalani kuarantin 14 hari sebelum memasuki negara itu.

Setakat ini belum ada tarikh baharu untuk perlawanan ulangan yang diumumkan Conmebom mahu pun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA.

Brazil kini menduduki tangga teratas aksi kelayakan zon Amerika Selatan dengan 21 mata, 6 mata mengatasi Argentina di kedudukan kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini