Argentina melakar kelayakan pada aksi Piala Dunia, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal, Angel Di Maria berjaya meletakkan Argentina semakin hampir ke pusingan akhir di Qatar 2022 selepas menewaskan Uruguay 1-0.

Gol hadir pada minit ketujuh sekali gus berupaya memberikan tekanan kepada pasukan lawan sepanjang perlawanan berlangsung.

Lebih membanggakan kemenangan di Stadium Campeon del Siglo itu turut meranapkan dominasi Uruguay di laman sendiri.

Kini Argentina yang belum tewas dalam 26 perlawanan akan ke pusingan kahir Piala Dunia seandainya mereka menewaskan Brazil pada perlawanan Selasa ini.

Sementara itu, kekalahan Uruguay meletakkan pasukan tersebut dalam kelompok play-off.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini